Assalamualaikum -- Ohh hello dear :)terima kasih jejak kaki :) kalau tak suka boleh jalan laju sikit . bye :D <3

Monday 16 September 2013

Pizza dan Makaroni

Hai engkorang .
Selamat Hari Malaysia !



Sempena cuti-cuti ni gua isi masa terluang gua dengan aktiviti memasak . Sebenarnya memasak bukanlah hobi gua . Tapi disebabkan kelaparan bercampur nafsu makan yang tak boleh nak ditepis sejak azali lagi . Gua terpaksalah masak . Memandangkan poket kering kontang tak dapat lah rasa makanan vavavom dekat restoran . Masak sendiri jelah kekdahnya !

Hari ni gua masak western . Pizza dan Makaroni . Gila ko first time masak ala-ala Masterchef . Selalu kalau lapar Nasi Goreng Sardin je gua tibai . Kalau dah terdesak sangat Maggie pon boleh . Nah hambek gua tepek gambar . Moga moga korang terliur . Ahaks . Gua siap bagi nama tau . Kira macam resepi gua sendiri lah . Sampai cakap sengsorang lah gua kat dapur tadi . Serius macam MasterChef wehhhh .

Hot and spicy garlic Pizza




Really really Chezzy Macaroni Vavavom 



Yes ! Gua tahu lu orang semua tengah telan air liur kan ? Hahahahhaha . Sebelum korang merayu rayu melutut mintak resepi gua akan share dengan luorang . Memang sedap serius talk ah gua cakap . Tolong ah percaya !


Kedua dua makanan yang mampu membuatkan air liur engkorang seakan akan menerjah kedalam liang tekak korang sangat memerlukan bahan bahan berikut , Kira bahan utama lah !





1.Doh Pizza untuk buat pizza . (Boleh didapati di Pasaraya Giant)
2.Macaroni San Remo untuk resepi Macaroni . (Beli jelah mana mana pon ada )
3. Sosej , daging burger,ayam,udang (sukahati selera korng lah nak letak apa )
4. Satu sudu kecil  Lada hitam , lada putih (dalam bentuk serbuk) dan garam .
5. Satu sudu besar Cili kering atau cili boh
6.Satu sudu besar Sos tiram
7.Satu sudu besar sos cili  (kalau tak suka pedas boleh ganti dengan sos tomato)
8.1  Bawang merah dan  2 ulas bawah putih (blend atau tumbuk)
9. Mozarella Cheese

* Bagi yang kurang duet macam aku ni , aku beli Cheese keping keping tu je . Aku cerai cerai jadi macam mozarella cheese jugak . Janji ada rasa Cheese . Haha


Orait mari mulakan .

Panaskan minyak , tumis bawang merah dan bawah putih
Lepas naik bau , masukkan sosej daging burger dan seumpanya .
Biar selama lima minit agak agak ayam dah masak masukkan cili kering sos tiram sos cili lada hitam garam dah lada putih . Kacau hingga sebati . Biar sampai cili betul betul masak .
Dah siap ! Senang bukan ? Hahahha

Kalau nak buat pizza , angkat bahan yang dah dimasak tadi , Tabur kan terus atas doh pizza  dan hias dengan cheese ikut sukahati engkorang lah nak letak banyak mana .Bakar dalam oven 5 hingga 10 minit . Atau sampai nampak cheese dah cair .








Macaroni pulak , rebus macaroni agak agak dah lembut , Massukkan aje dalam kuali gaul sekali dengan bahan bahan yang dah dimasak tadi . Time tengah panas panas tu korang taburkan cheese . Nanti dia akan cair sendiri .


Selamat Mencuba !


Pergh gila First time aku post pasal resepi resepi ni . Hahahaha .
Cuba weh jangan tak cuba . Bye uollssss !



Monday 3 June 2013

Peristiwa tak berapa penting .

Rabu .
8:20 pagi .



" Bosan " . bentak gua dalam  hati . Gua gapai model mathematics Spm dari dalam beg gua .
Lampiran pertama gua nampak soalan circle ." Aduh" kata gua perlahan . Gua buat slow slow soalan tersebut . Baru dua tiga soalan gua dah letih . Gua biar otak gua rehat , biar dia berfikir sendiri tanpa bantuan gua . Gua baring atas meja .

'Cikgu pon tak sampai lagi , rehat jap ah' . kata gua dalam hati . Gua letak kepala atas meja . Penuh cool penuh sabar . Pagi tu 5 Nurani sangat aktif dengan aktiviti mereka . Tetiba gua dengar satu ledakan ketawa yang sangat kuat . 'Aduh izzul ah ni '. yakin hati gua berdetak . Gua lempar pandangan pada izzul . 'Haaa agak dah' kata gua perlahan . Dari tempat gua , jelas gua nampak mulut izzul  terbuka luas diiringi ketawa beliau yang mampu membuatkan  neuron otak gua seakan terhenti . Bergegar gegar anak tekak izzul . Jaie ikut sama gelak . terhenjut henjut skapula jaie ikut rentak izzul gelak . Tak kurang Alan ketawa sampai ketuk ketuk meja . Epul , macam biasa tenang pandang izzul dan gelagat beliau .  'Bodoh' ! Setepek gua bagi . Tapi dengan nada perlahan . Cet !

Sesekali gua dengar haziq menjerit pada zahin , Sakai ah ! Semangat sekali haziq . Zahin yang sedari tadi seakan sedang melukis sesuatu atas  meja terhenti sejenak ! Gua tak tahu isu apa yang dibincangkan mereka . Gua tak berapa nak dengar . Din yang dari tadi layan perasaan . Sayup gua dengar dia nyanyi lagu " When I Was Your Man " . Sesekali bibir comel gua seakan mengikut lirik yang didendang Din . Cis !


Gua teruskan pelayaran angan - angan gua . Gua hampir terlelap . Tak sampai 5 minit , suasana yang hingar bingar tadi bertukar jadi senyap , sunyi tanpa sebarang jenis bunyi . Suara Bet kedengaran , 'Bangun semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ' 6 harkat Bet tibai pagi ni . Perlahan gua angkat muka . Cikgu Mala , cikgu sejarah gua masuk . Selamat sejahtera cikgu ! Kata Bet penuh semangat . Macam biasa 5 Nurani ikut sama . Tapi lemau , lesu salam pagi tu .  Gua duduk tanpa sebarang arahan dari cikgu . Letih betul gua pagi tu . 'Okay kelas keluarkan buku nota' kata cikgu Mala . Kelas bermulaaa.....


Sekian , Terima Kasih .