Assalamualaikum -- Ohh hello dear :)terima kasih jejak kaki :) kalau tak suka boleh jalan laju sikit . bye :D <3

Monday 3 June 2013

Peristiwa tak berapa penting .

Rabu .
8:20 pagi .



" Bosan " . bentak gua dalam  hati . Gua gapai model mathematics Spm dari dalam beg gua .
Lampiran pertama gua nampak soalan circle ." Aduh" kata gua perlahan . Gua buat slow slow soalan tersebut . Baru dua tiga soalan gua dah letih . Gua biar otak gua rehat , biar dia berfikir sendiri tanpa bantuan gua . Gua baring atas meja .

'Cikgu pon tak sampai lagi , rehat jap ah' . kata gua dalam hati . Gua letak kepala atas meja . Penuh cool penuh sabar . Pagi tu 5 Nurani sangat aktif dengan aktiviti mereka . Tetiba gua dengar satu ledakan ketawa yang sangat kuat . 'Aduh izzul ah ni '. yakin hati gua berdetak . Gua lempar pandangan pada izzul . 'Haaa agak dah' kata gua perlahan . Dari tempat gua , jelas gua nampak mulut izzul  terbuka luas diiringi ketawa beliau yang mampu membuatkan  neuron otak gua seakan terhenti . Bergegar gegar anak tekak izzul . Jaie ikut sama gelak . terhenjut henjut skapula jaie ikut rentak izzul gelak . Tak kurang Alan ketawa sampai ketuk ketuk meja . Epul , macam biasa tenang pandang izzul dan gelagat beliau .  'Bodoh' ! Setepek gua bagi . Tapi dengan nada perlahan . Cet !

Sesekali gua dengar haziq menjerit pada zahin , Sakai ah ! Semangat sekali haziq . Zahin yang sedari tadi seakan sedang melukis sesuatu atas  meja terhenti sejenak ! Gua tak tahu isu apa yang dibincangkan mereka . Gua tak berapa nak dengar . Din yang dari tadi layan perasaan . Sayup gua dengar dia nyanyi lagu " When I Was Your Man " . Sesekali bibir comel gua seakan mengikut lirik yang didendang Din . Cis !


Gua teruskan pelayaran angan - angan gua . Gua hampir terlelap . Tak sampai 5 minit , suasana yang hingar bingar tadi bertukar jadi senyap , sunyi tanpa sebarang jenis bunyi . Suara Bet kedengaran , 'Bangun semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ' 6 harkat Bet tibai pagi ni . Perlahan gua angkat muka . Cikgu Mala , cikgu sejarah gua masuk . Selamat sejahtera cikgu ! Kata Bet penuh semangat . Macam biasa 5 Nurani ikut sama . Tapi lemau , lesu salam pagi tu .  Gua duduk tanpa sebarang arahan dari cikgu . Letih betul gua pagi tu . 'Okay kelas keluarkan buku nota' kata cikgu Mala . Kelas bermulaaa.....


Sekian , Terima Kasih .